KOTA BHARU – Rakyat Malaysia yang parah ditembak di Jalan Narathiwat-Takbai, Narathiwat, Thailand, Isnin lalu, meninggal dunia kira-kira 8 malam Sabtu waktu tempatan.
Perkara itu disahkan bapa arwah, Ismail Ahmad, 66, ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.
Katanya, Mohamad Shahriduwan, 24, menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Phochanee Pachara, 38, dan ahli keluarganya selepas lima hari dirawat di Hospital Narathiwat.
“Alhamdulillah, urusan menghantar pulang jenazah berjalan lancar dan selamat tiba di rumah di Kampung Kedai Buloh, Badang jam 12 tengah hari,” katanya.
Jenazah Mohamad Shahriduwan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Badang, di sini, petang Sabtu.
Dalam kejadian 5 petang, 14 Disember lalu, Mohamad Shahriduwan dan isterinya yang berasal dari daerah Yingo, Narathiwat diserang sekumpulan lelaki sebelum ditembak.
Arwah parah di kepala dan menerima rawatan di Hospital Narathiwat, manakala isterinya cedera.
Sumber: BH ONLINE
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=5S0d71IvB-E]

