• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Obses Justin Bieber, Gadis Sanggup Tambah Nama!

oleh AK-47
26/12/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Artis terkenal dari Kanada, Justin Bieber, 21; merupakan satu figura atau nama besar yang sudah menguasai industri muzik di seluruh dunia pada hari ini.

Anak muda ini bukan setakat boleh menyanyi dan menari, malahan rupa parasnya yang menarik membuatkan ramai anak gadis seluruh dunia sangat menggilakannya.

Imej Justin Bieber di awal kemunculannya.
Imej Justin Bieber di awal kemunculannya.

Lagu-lagunya yang dipopularkannya antaranya Baby, One Time, Eenie Meenie, Never Say Never juga sering menjadi siulan gadis-gadis remaja.

Fenomena ini tidak berhenti begitu sahaja biarpun Justin kini sudah menginjak ke alam dewasa. Daya tarikan yang dimilikinya tetap membuatkan penyanyi muda ini terus digilai dan diminati.

Gaya terkini Justin Bieber yang lebih macho.
Gaya terkini Justin Bieber yang lebih macho.

Terbaharu, disebabkan terlampau obses dengan Justin Bieber, seorang remaja perempuan, Gabrielle Lucy Newton, 22, dari Nottinghamshire, England sanggup menambah nama Bieber pada hujung namanya.

Ini seterusnya menjadikan nama penuh Gabriella sebagai Gabriella Lucy Newton-Bieber.

Dia yang terlalu meminati bintang pop ini nekad menukar menambah namanya itu pada usia 18 tahun. Gabriella berkata, dia meminati Bieber ketika umurnya 16 tahun.

Dia menambah lagi, gaya rambut dan wajah yang comel Bieber membuatkan dia terus obses dengan bintang itu.

Tidak berhenti setakat di situ, Gabriella mendakwa lagi pada setiap malam, dia akan ‘tidur’ bersebelahan dengan Bieber.

Gabriella akan memastikan cardboard penyanyi kesayangannya itu berada di sebelahnya sewaktu dia tidur.

Dia juga memiliki segala barangan yang digunakan oleh Bieber dan telah membuat lima lirik tatu lagu Bieber di badannya.

Apapun, sememangnya tindakan anak gadis ini pasti mengagumkan ramai pihak. Diharap Gabriella akan berpeluang untuk bertemu penyanyi kesayangannya ini satu hari nanti. – Sumber: PEREZHILTON.COM

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=B64ug41iYVY]

Tags: Artis HollywoodJustin BieberObses
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunang Jamal Khashoggi Desak Bieber Batal Konsert F1 Di Arab Saudi

22/11/2021
0

TUNANG wartawan Jamal Khashoggi mendesak supaya penyanyi terkemuka Justin Bieber membatalkan konsertnya yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi pada Disember...

Pemain Drum, Hal Blaine Meninggal Dunia

12/03/2019
0

LOS ANGELES - Pemain dram lagenda pada era 60-an dan 70-an, Hal Blaine yang pernah mengiringi Frank Sinatra, Elvis Presley...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd