• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jadikan Langkawi Destinasi Pelancongan Mewah

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih banyak usaha dilakukan untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah di rantau ini.

Berucap pada majlis Anugerah Pelancongan Langkawi 2015 di sini, beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai ‘Monaco Timur’ untuk pelancong mewah harus dilakukan, sambil mengekalkan tarikan kepada pelancongan massa.

“Saya mahu melihat Langkawi muncul sebagai ‘Monaco Timur’ untuk pelancongan mewah sambil mengekalkan tarikannya kepada pelancongan massa.

“Saya mahu melihat pembangunan dua peringkat di Langkawi, satu untuk pelancongan massa dan satu lagi untuk pelancongan mewah,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) malam tadi.

Beliau berkata usaha menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan mewah untuk golongan berada mampu menyuntik pelbagai kesan kepada ekonomi tempatan seperti mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan sebagainya.

Perdana Menteri berkata sudah ada destinasi mewah di Langkawi seperti Hotel St Regis yang serba mewah tetapi pembangunan destinasi seumpama itu perlu dipertingkatkan dan menyeluruh.

Hotel St Regis Langkawi, yang dikenali dengan bilik dan kemudahan mewah, katanya akan dibuka kepada pelanggan mulai April tahun depan, dengan membawa sekali restoran berstatus Michelin ke pulau itu.

Ia adalah restoran berstatus Michelin yang pertama di Langkawi. Status Michelin diberikan kepada restoran yang menawarkan tempat dan makanan berkualiti tinggi.

Perdana Menteri juga berharap pihak bertanggungjawab akan membangunkan jenama lebih kukuh untuk Langkawi bagi meletakkan pulau itu sebaris dengan Bali yang lebih dikenali dalam kalangan pelancong berbanding ibu negara Indonesia, Jakarta.

Satu lagi kelebihan Langkawi yang perlu ditonjolkan kepada pelancong, kata Najib adalah pulaunya yang aman, terkawal dan selamat daripada gangguan yang melanda beberapa destinasi pelancongan di dunia.

Perdana Menteri menyebut antara destinasi pelancongan yang diserang pengganas adalah seperti Sharm-el Sheikh di Mesir, Lubnan, Tunisia dan beberapa tempat lain.

“Langkawi harus kekal aman, selamat serta terkawal dan usaha perlu dilakukan untuk mengekalkannya,” kata beliau sambil berseloroh, dengan berharap tidak ada pengikut kumpulan pengganas Daesh di Langkawi.

Najib juga berharap pihak berkuasa dapat menggandakan usaha bagi menarik pelancong dari Rusia.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Tan Sri Khalid Ramli dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-drlKhdrGAs[/wpdevart_youtube]

Tags: LangkawiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd