• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biadap Samakan Wajah PM Dengan Muka Anjing

oleh
19/12/2015
dalam Hangat, Utama & Sensasi
2
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA penyokong antikerajaan sudah ketandusan cara untuk mengkritik pemerintah selepas segala dakyah jahat mereka bagi hasut rakyat benci kepada BN gagal malah berjaya ditangkis selepas diberi pencerahan.

Kali ini mereka beralih taktik dengan menggunakan strategi langsung menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membangkitkan perasaan meluat rakyat kepada kerajaan yang memerintah negara ini.

Golongan penyokong pembangkang ini mungkin amat malu kerana propaganda fitnah mereka selama ini terhadap segala dasar dan usaha kerajaan akhirnya terbukti ditolak majoriti rakyat yang tetap setia bersama dengan BN.

Justeru cara paling dahsyat digunakan iaitu mencaci terus peribadi Najib setelah gagal menghancurkan sokongan padu jutaan ahli UMNO semasa Perhimpunan Agung parti keramat umat Melayu Islam itu diadakan baru-baru ini.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial tempatan dikenali sebagai Fazlin Liani memuat naik gambar Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu yang diubah suai menjadi wajah anjing sedang tersenyum sambil terjelir lidahnya.

Menerusi posting dalam laman sosial Facebook, netizen tersebut didapati menulis: “Siapa kenal PM paling bodoh sial haram jadah… saja Fazz tutup mata anjing ni supaya kau semua susah nak teka….”

Fazlin Liani kemudian turut menawarkan ganjaran lumayan bagi mereka yang konon berjaya meneka dengan betul apabila berkata: “Siapa teka tepat Fazz bagi 10 like ha ha ha… #Umno babi anjing…”

Tindakan biadap peserta Bersih 4.0 akhir Ogos lalu. – Gambar hiasan

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Juga: Protokol 12 Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Lagi: Alkisah Akhbar Pro-Zionis Cuba Berlagak Hero

Entahlah apakah motif netizen ini tergamak menghina kepimpinan negara dan ‘terlupa’ tindakan bodoh itu boleh dikenakan sabitan serius mengikut Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963.

Ini kerana menghina Perdana Menteri secara automatik boleh disifatkan sebagai menghina lambang negara kita setelah beliau dilantik sah sebagai ketua kerajaan Malaysia oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mungkinkah dia mahu mengikut lagak biadap peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 memijak gambar Najib dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang konon sebagai ‘manifestasi’ kebebasan bersuara hak asasi manusia?

Untuk rekod, kaedah diguna Fazlin Liani menyerupai taktik rejim Zionis Israel yang berjaya ‘hasut’ masyarakat Timur Tengah ketika kebangkitan revolusi Arab Spring bagi menumbangkan kerajaan negara mereka sendiri.

Dengan berselindung di sebalik slogan popular ‘Salam 4 Jari’ atau Rabia’, perisikan Yahudi akhirnya mampu menghancurkan sistem pemerintahan negara-negara Arab menggunakan kaedah memalukan pemimpin tempatan.

Hakikatnya, sekali pun benci kepada pemimpin negara atas faktor politik, janganlah pula bertindak keterlaluan dan melampaui batas sehingga menyamakan beliau dengan makhluk ‘hina’ haiwan bertaraf najis mughallazah.

Bayangkanlah jika pemimpin idola Fazlin Liani pula dihina teruk sedemikian rupa atau pun memang netizen ini berniat jahat mahu cetus provokasi menerusi cara publisiti murahan; bukan berpolitik secara matang berhemah!

Jika beginilah tahap akhlak Fazlin Liani, maka bayangkan betapa malunya kedua ibu bapa netizen itu mendapat anak bersikap kurang ajar; waima mereka mungkin turut tidak ‘sealiran’ siasah dengan kepimpinan negara kita.

– Mynewshub.cc

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd