• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IM4U Sasar Peningkatan Sejuta Sukarelawan Pada 2016

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Komuniti sukarelawan belia Malaysia, iM4U menyasarkan sejuta sukarelawan bagi tahun 2016 sebagai tambahan kepada dua juta yang sedia ada.

Ketua Pegawai Operasi iM4U Rudy Malik berkata sasaran itu dibuat berdasarkan minat golongan belia menerusi program sukarelawan yang dianjurkan seperti Volunteer Malaysia.

“Selain peningkatan sukarelawan, iM4U turut menyasarkan sebanyak 500,000 tenaga jam kerja melalui aktiviti yang diadakan,” katanya pada majlis penghargaan Volunteer Malaysia 2015 di sini, Jumaat.

Sebanyak 75 pusat outreach di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam program Volunteer Malaysia 2015 diberikan sijil penghargaan atas sumbangan dan khidmat bakti mereka.

Antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknologi Malaysia dan Persatuan Belia Dinamik Barat.

Sementara itu, menyentuh mengenai program Volunteer Malaysia, Rudy berkata jumlah sukarelawan yang menyertainya meningkat kepada 40,197 orang tahun ini berbanding 26,835 pada 2014.

Katanya antara kejayaan program itu termasuk mengumpul 1,800 kilogram bahan kitar semula dan aktiviti penanaman 7,286 pokok di seluruh negara.

“Volunteer Malaysia pada tahun ini juga menerima penyertaan pelajar Malaysia di luar negara termasuk Perancis, Korea Selatan dan Australia,” katanya.

Selain itu, Rudy berkata pasukan iM4U turut bersiap sedia menghadapi musim banjir termasuk menyediakan 3,000 khemah di kawasan berpotensi. – BERNAMA

Tags: IM4USukarelawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ada Pihak Kelirukan Rakyat Tentang Punca Kos Sara Hidup Meningkat

Next Post

Benarkah Penguatkuasa DBKL Zalim Terhadap Peniaga Kecil?

Related Posts

Kerajaan Pertimbang Cuti Khas Kepada Penjawat Awam Jadi Sukarelawan

28/12/2021
0

TEMERLOH : Kerajaan mempertimbangkan cuti khas kepada penjawat awam yang terlibat sebagai sukarelawan pascabanjir, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri...

Warga Emas Diperlukan Jadi Sukarelawan Vaksin Covid-19

11/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyeru warga emas berusia 60 tahun ke atas tampil sebagai sukarelawan bagi Kajian...

Next Post

Benarkah Penguatkuasa DBKL Zalim Terhadap Peniaga Kecil?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd