• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Termasuk 3 Sekawan Maut Dalam Kemalangan Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Tiga lelaki dan seorang wanita maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 56.7, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, berhampiran Felda Air Tawar 2, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, tiga sekawan yang menaiki Proton Satria iaitu Muhamad Rizan Ab Kadir, 34, Mohd Remey Wahab, 28, dan Mohd Zakri Omar, 30, maut di tempat kejadian.

Turut maut, penumpang Proton Saga FLX, Fatimah Yet, 41, manakala suaminya yang memandu, Md Jefri Johari, 43, cedera parah.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila Proton Satria yang datang dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton Saga FLX,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rahmat berkata ketika kejadian, cuaca kering dan keadaan gelap kerana tiada lampu di kiri dan kanan jalan.

Beliau berkata kesemua mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat manakala Md Jefri turut dirawat di hospital yang sama.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd