• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Tiket ‘Ghaib’, Konsert Madonna Batal Di Singapura

oleh
22/12/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Ikon wanita pop antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Madonna kemungkinan besar tidak akan membuat persembahan di Singapura pada 28 Februari depan, menurut laporan media tempatan.

Tinjauan rambang yang dijalankan pada 17 Disember ke atas laman web rasmi bagi jadual konsert Madonna, yang sebelum ini menunjukkan bahawa dia akan membuat persembahan di Singapura sudah pun ‘ghaib’ di laman itu.

Stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, sebelum ini laman yang sama itu turut mendedahkan bahawa penjualan eksklusif tiket atas talian akan bermula secara rasmi pada tarikh berkenaan.

Pautan menerusi laman tiket popular tersebut juga menggalakkan setiap pengunjung di Singapura untuk membeli Icon LIVE Pass, yang menawarkan keanggotaan secara automatik dengan kelab peminat rasmi Madonna sendiri.

RH-ALBUM-ITUNES

Kemudahan pas berkenaan malah membolehkan peminat di republik pulau kecil itu untuk membuat tempahan dan membeli tiket lebih awal di samping pakej-pakej VIP lain yang ditawarkan dari masa ke semasa.

Pautan tersebut bagaimanapun sudah dibuangkan. Lucunya, kelab peminat itu juga mengirimkan e-mel kepada penggemar Madonna untuk memaklumkan bahawa maklumat mengenai konsert artis tersebut konon ‘tidak tepat’.

“Jika anda sudah pun membeli Icon LIVE Pass menerusi promosi tawaran pra-jualan sebelum ini, kami dengan secara automatik akan mengembalikan semula segala wang tempahan anda dalam masa yang terdekat.

“Terima kasih atas sokongan padu anda kepada Madonna dan kami akan terus memperbaiki usaha khidmat kami supaya dapat mengelakkan kesilapan sedemikian berulang pada masa akan datang pula,” kata e-mel berkenaan.

Madonna awal 2016 dijadualkan mengadakan konsert jelajah Asia sempena Rebel Heart Tour di Taipei, Taiwan; Bangkok, Thailand; Saitama, Jepun; Hong Kong/Macau, China dan Pasay, Filipina – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: MadonnaSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd