Tahniah diucapkan kepada Nur Arina Abdul Malek, 20, atau lebih dikenali sebagai Erin Malek kerana selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Mohamed Farriz Mohamed Fauzy semalam.

Memilih konsep Sweet Garden, Erin termeterai sebagai isteri Farriz hanya dengan sekali lafaz di majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Erin di Duta Suria Residency, Ampang.
Erin yang kelihatan berseri-seri menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran RM30,000 selain tujuh dulang hantaran yang dibalas dengan sembilan dulang.

Antara rakan artis yang menghadiri majlis akad nikah Erin semalam adalah Sari Yanti, Ika Nabila, Nelydia Senrose dan Faralyna Idris.


Pasangan romantis ini menyatakan mereka memilih Los Angeles, Amerika Syarikat sebagai destinasi bulan madu. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB





