• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Warga Asing Ditahan, Tipu Jutawan Arab Saudi RM1.8 Juta

oleh Ahmad Albab
18/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan sembilan warga Nigeria dan seorang Filipina selepas mereka dipercayai berjaya memintas e-mel syarikat menjual kren di Korea Selatan sehingga menyebabkan seorang jutawan Arab Saudi mengalami kerugian RM1.8 juta apabila memasukkan wang itu ke dalam akaun mereka.

Kesemua suspek ditahan di Sentul dan Cyberjaya semalam.

Dalam kejadian 9 Dis lepas, ahli perniagaan yang memiliki syarikat menjual jentera berat di Riyadh itu mahu membeli kren daripada syarikat berkenaan namun ditipu sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata mangsa diminta membuat beberapa transaksi untuk membeli kren berkenaan melalui tiga akaun bank yang dimiliki oleh dua syarikat yang didaftarkan di negara ini.

“Suspek disyaki menyamar sebagai jurujual kren itu dengan cara memintas e-mel yang dihantar kepada syarikat berkenaan sebelum meminta ahli perniagaan itu melakukan pembayaran sebanyak RM1.8 juta melalui beberapa transaksi bagi jentera yang dipesan.

“Mangsa telah berurus niaga dengan syarikat menjual kren berkenaan sejak lima tahun lalu bagaimanapun tidak pernah menghadapi sebarang masalah sebelum ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa hanya menyedari ditipu selepas syarikat yang menjual kren di Korea menghubunginya untuk meminta bayaran.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita warga Nigeria berusia 29 tahun yang merupakan pemilik akaun bank yang menjadi ‘orang tengah’ kepada sindiket itu.

“Suspek wanita itu ditahan di hadapan sebuah bank di Sentul selepas menyerahkan wang berjumlah RM1,000 kepada seorang wanita tempatan yang dipercayai membantu suspek untuk membuka tiga akaun bank bagi tujuan pemindahan transaksi wang tunai kelmarin,” katanya.

Mohamad Roy berkata susulan penahanan itu, pihaknya menyerbu dua lokasi berasingan yang digunakan suspek untuk melakukan kegiatan berkenaan di Kondominium Sri Putramas di sini dan Cyberjaya.

Katanya, hasil serbuan di Sri Putramas, polis menahan seorang wanita warga Filipina manakala enam lelaki dan dua wanita warga Nigeria ditahan di Cyberjaya.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai bernilai RM1,000, 12 buah komputer riba, 19 telefon bimbit pelbagai jenis, enam keping kad kredit, sebuah buku bank dan modem internet.

“Kesemua suspek direman sehingga Jumaat ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: Arab Saudijutawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd