• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Azizi Dilantik Sebagai CEO Baharu SPNB

oleh Ahmad Albab
16/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Kanan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ahmad Azizi Ali dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB yang baharu.

SPNB dalam satu kenyataan media memberitahu, Ahmad Azizi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB yang kelima sejak penubuhan SPNB pada 21 Ogos 1997.

“Ahmad Azizi berkhidmat di SPNB sejak tahun 2004. Beliau berpengalaman luas dalam pengurusan projek dan pentadbiran kewangan sepanjang perkhidmatan beliau antaranya di United Engineers Berhad (UEM), HICOM Berhad dan terkini di SPNB.

“Sebelum dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan (Projek) SPNB yang merangkumi keseluruhan pelaksanaan projek di bawah SPNB dan seterusnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Aspirasi Sdn. Bhd.,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, tanggungjawab Ahmad Azizi kini diperluaskan dengan memimpin pengurusan dan operasi SPNB serta anak-anak syarikatnya seperti SPNB Aspirasi Sdn. Bhd., SPNB Mesra Sdn. Bhd., SPNB Idaman Sdn. Bhd., SPNB Edar Sdn. Bhd. dan SPNB Dana Sdn. Bhd. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]msCkcQEn3es[/wpdevart_youtube]

Tags: SPNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPNB Akan Bina 8,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia

07/01/2018
0

KOTA BHARU - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Mesra Sdn Bhd akan membina 8,000 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) termasuk...

Sasar 65,000 Rumah Mampu Milik Menjelang 2018

24/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara menjelang 2018,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd