• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: 300,000 Individu Tak Perlu Lagi Bayar Cukai Pendapatan

oleh AK-47
12/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 300,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan selepas kadar dikurangkan antara satu dan tiga mata peratusan tahun depan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (CBP).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pelaksanaan CBP, kerajaan dapat mengurangkan beban cukai rakyat.

“Bagi tahun taksiran 2015, pembayar cukai yang berkeluarga dan berpendapatan RM4,000 sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai,” katanya semasa membentangkan Bajet 2015 bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’, di Parlimen di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata cukai pendapatan individu akan distruktur semula dengan pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000.

Beliau berkata kadar cukai maksimum yang kini pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus.

“Justeru, pembayar cukai akan menikmati penjimatan bayaran cukai sekurang-kurangnya sebanyak 5.3 peratus,” katanya.

Bagi tahun taksiran 2015, beliau berkata cukai pendapatan koperasi juga dikurangkan satu sehingga dua mata peratusan.

Selain itu yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai juga dibenarkan potongan cukai, katanya.

Najib berkata bagi 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan sebanyak satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus dan kadar cukai pendapatan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus.

Bagi membantu para peniaga dalam melaksanakan CBP dengan jaya, Najib berkata beberapa insentif dan bantuan akan disediakan.

Ini termasuk geran latihan berjumlah RM100 juta kepada peniaga untuk menghantar pekerja menjalani latihan tentang CBP dan bantuan kewangan berjumlah RM150 juta kepada PKS untuk pembelian perisian perakaunan – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd