• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Hanya Fokus Kepada Pemain Perseorangan Lelaki

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penguasaan Malaysia dalam arena badminton di pentas antarabangsa tidak seharusnya tertumpu kepada pemain perseorangan lelaki sahaja, kata jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Beliau berkata walaupun jurang prestasinya dengan pemain perseorangan lelaki Malaysia lain sangat besar, skuad badminton negara masih mempunyai perseorangan wanita serta beregu campuran yang semakin menunjukkan peningkatan dalam beberapa kejohanan antarabangsa.

Misalnya, Chong Wei berkata pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei yang menjuarai Kejohanan Remaja Dunia, perlu diberikan bimbingan serta sokongan supaya bakat pemain berusia 15 tahun itu tidak disia-siakan.

“Kita tahu standard saya dengan pemain perseorangan lelaki Malaysia yang lain sangat jauh, tetapi kita jangan berhenti memberi sokongan kepada pemain junior.

“Kita kena terima pemain baru dan terus mencari pemain berbakat, jangan tertumpu kepada pemain sedia ada sahaja (seperti Chong Wei Feng dan Iskandar Zulkarnain),” katanya kepada pemberita selepas program bual bicara bersama legenda badminton di sebuah hotel di sini hari ini.

“Apa yang boleh saya bantu, saya akan bantu sebelum bersara tetapi saya hanya boleh berkongsi pengalaman sebab mereka ada jurulatih, sama seperti saya,” kata Chong Wei.

Turut hadir pada program bual bicara itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin serta legenda badminton dunia, Taufik Hidayat dari Indonesia serta Peter Gade dari Denmark.

Chong Wei juga berharap semua pihak tidak memberi tekanan terhadap pemain muda seperti Jin Wei, sebaliknya membantu beliau bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Kejayaan seseorang atlet itu bergantung kepada sikap dan disiplin dalam latihan dan rutin harian masing-masing, katanya.

“Seseorang pemain perlu menjaga disiplin. Jika kita tidur lewat, pastinya sukar menjalani latihan pada 6.30 pagi. Saya faham, kadang-kala kita ada aktiviti malam tetapi kita perlu berdisiplin,” katanya.

Malaysia menjadi tuan rumah perlawanan pertunjukan Jelajah Legenda Badminton Dunia di Stadium Cheras di sini hari ini, melibatkan Chong Wei, Taufik serta Gade.

Lin Dan dari China, yang dijadual menyertai jelajah berkenaan, tidak dapat menyertainya pada perlawanan kali ini. – BERNAMA

Tags: badminton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd