PENYANYI popular tanah air, Jaclyn Victor bakal menggegarkan pentas Panggung Sari, Istana Budaya sekali lagi bersama gandingannya Stephen Rahman Hughes, 19 Disember ini.

Mereka berdua bakal bergandingan dalam persembahan yang dinamakan Music Of The Night yang akan diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan saudara Mustafa Fuzer Nawi.
Lebih menarik, lagu yang bakal dialunkan merupakan lagu-lagu soundtrack filem dan muzikal ternama seperti The Phantom Of The Opera, Star Wars dan lain-lain.
Ini merupakan gandingan kedua Jaclyn yang mesra disapa Jac bersama Stephen Rahman.
Sebelum ini pada 2011, mereka pernah sama-sama menjayakan Konsert West End Stars In Concert di Istana Budaya bersama dua lagi bintang jemputan dari West End iaitu Ramin Karimloo dan Simon Bailey.

Buat mereka yang ingin menyaksikan persembahan hebat ini, tiket akan dijual dengan harga RM50, RM70, RM100, RM150 dan RM250. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UqERdw16lfI]