• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 2.0 Iktiraf Mahathir, Muhyiddin Tokoh ‘Rebel’ UMNO

oleh Ahmad Albab
15/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan anti-kerajaan, BERSIH 2.0 mengiktiraf mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai dua tokoh ‘rebel’ UMNO.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah berkata, usaha kedua-dua tokoh ‘rebel’ UMNO itu untuk mencantas adat turun temurun UMNO bagi menjatuhkan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun masih belum mencukupi.

Justeru, katanya, BERSIH 2.0 menyeru kedua-dua tokoh ‘rebel’ UMNO itu tampil dengan idea-idea lebih praktikal bagi mencapai hasrat bersama pembangkang menjatuhkan Najib.

“BERSIH 2.0 mencadangkan supaya Mahathir dan Muhyiddin menyokong saranan 70 badan bukan kerajaan (NGO) yang dipimpin kumpulan G25 dan BERSIH 2.0.

“Cadangan yang dikemukakan kumpulan ini wajar disokong dan dijaja oleh kem Mahathir-Muhyiddin. Malah mereka patut menjadikan saranan G25 sebagai modal kempen jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Maria Chin berkata, Mahathir dan Muhyiddin perlu menyokong cadangan G25 secara terbuka sekiranya benar mereka betul-betul ikhlas dalam membahaskan ketelusan dan integriti demi menyelamatkan parti UMNO.

“Sekiranya mereka gagal melakukan sesuatu yang substantif seperti ini ataupun mengemukakan cadangan sendiri, BERSIH 2.0 mengira kem Mahathir-Muhyiddin telah tewas dan menyerah,” katanya dalam nada provokasi. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]I_MltTJOLyw[/wpdevart_youtube]

Tags: Bersih 2.0
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bersih 2.0 Gesa Bentang RUU Dana Politik Secepat Mungkin

21/01/2020
0

PETALING JAYA - Bersih 2.0 mengulangi seruan menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang pendanaan politik secepat mungkin. Gabungan Pilihan Raya Bersih...

Bersih 2.0 Kritik Calon Warisan Ugut Pengundi Kimanis

06/01/2020
0

PETALING JAYA - Bersih 2.0 hari ini mengkritik kenyataan calon Warisan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, Karim Bujang yang dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd