MODEL dan pelakon kelahiran Australia, Ruby Rose dilapor sudah berpisah dengan kekasih lesbiannya, Phoebe Dahl, baru-baru ini.
Pelakon siri Orange Is The New Black itu berpisah dengan pasangannya yang merupakan seorang pereka fesyen selepas dua tahun menyulam cinta.
Walaupun sudah tidak bersama, namun menurut sumber terdekat, pasangan ini akan kekal bersahabat baik di antara satu sama lain.
Ruby sebelum ini pernah membuat kenyataan kepada pihak media bahawa dia mengetahui dirinya mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis sejak dirinya berusia 12 tahun lagi. – MYNEWSHUB.CC
Ruby Rose On Looking Like Justin Bieber

