• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Sindir Pihak ‘Enggan Terima Kenyataan’ JDT Juara Asia

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Sukan, Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan pihak yang masih enggan menerima hakikat Johor Darul Ta’zim (JDT) sebuah pasukan bertaraf juara Asia sebagai golongan kurang bijak.

Titah baginda, pihak luar negara mengiktiraf ianya satu pencapaian hebat apabila kelab kecil seperti JDT menjulang Piala AFC 2015  namun sebahagian penyokong bola sepak Malaysia tidak dapat menerima hakikat itu.

“JDT menjulang Piala AFC adalah ibarat Malaysia atau Singapura menjuarai Piala Dunia. Begitulah perbandingan pencapaiannya.

“Saya tidak bermimpi pun yang kita akan melepasi peringkat suku akhir. Apa yang penting adalah untuk bertanding dalam kejohanan tersebut, untuk bersama-sama di kalangan pasukan handalan Asia,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

jdt

Kemenangan JDT dalam kejohanan Piala AFC 2015 dikritik banyak pihak, apabila pasukan berkenaan gagal mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia yang berlangsung baru-baru ini.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) bertitah, sikap penyokong bola sepak tempatan seperti itulah yang menyebabkan bola sepak Malaysia masih ketinggalan.

Justeru, titah baginda, penyokong bola sepak Malaysia yang mahu terus berada dalam kejahilan itu bukan masalah baginda.

“Tidak kiralah Piala AFC atau Liga Juara-Juara Asia, ianya tetap AAAA FFFF CCCC, kejohanan peringkat Asia.

“Kepada penyokong JDT bergembiralah sebagai Juara Piala AFC, bergembiralah dengan empat kejuaraan dalam masa tiga tahun. Semoga Allah memberkati anda semua,” titah baginda. - MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]l5Tgs84utMQ[/wpdevart_youtube]

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd