• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Tunggu Keputusan Muktamad Kerajaan Naik Kadar Tol 5%

oleh Ahmad Albab
14/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Plus Malaysia Berhad (PLUS) sedang menunggu keputusan kerajaan untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus, tahun depan, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizan Abd Hamid.

Beliau berkata kenaikan itu selaras dengan perjanjian yang menetapkan kenaikan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun sekali bagi tempoh 2016 hingga 2038.

“PLUS tidak menaikkan kadar tol sejak 2005 lagi dan kenaikan itu wajar dilakukan disebabkan peningkatan kos operasi syarikat dari masa ke masa,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bantuan persekolahan anjuran PLUS di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya keputusan kenaikan kadar tol tersebut bergantung kepada keputusan akhir kerajaan dan menurutnya kenaikan kadar tol akan dilakukan secara berperingkat dengan 68 sen bagi setiap kilometer.

“Jika jarak perjalanan 100 kilometer, pengguna perlu membayar 70 sen sahaja … ia tidak membebankan mereka,” katanya.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat baru-baru ini memaklumkan PLUS berhak mengkaji semula kadar tol setiap tiga tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2038.

Katanya berdasarkan perjanjian konsesi tambahan PLUS yang ditandatangani pada November 2011, kerajaan dan PLUS Expressway Berhad (PEB) bersetuju memutuskan tiada kenaikan kadar tol di semua lebuh raya di bawah kendalian Plus bagi tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2015.

Bagaimanapun Rosnah berkata kadar tol di Jambatan Pulau Pinang kekal sehingga 31 Dis 2038.

Sementara itu, Noorizan berkata sebanyak 1,000 pelajar dari 19 buah sekolah kebangsaan dan enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) dalam Parlimen Jerlun mendapat sumbangan pakaian dan peralatan sekolah dengan kos setiap seorang sebanyak RM200.

Beliau berkata ini merupakan program Tanggungjawab Sosial Korporat PLUS dalam membantu meringankan beban ibu bapa yang tidak berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi anak-anak mereka. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LEhfEasKAR8[/wpdevart_youtube]

Tags: PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd