• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Monopoli TV Berbayar Astro Tamat Februari 2017

oleh Ahmad Albab
23/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN mengekalkan hak eksklusif bagi penyiaran melalui satelit kepada pengendali “Astro” iaitu Measat Broadcast Network Systems (Malaysia) Sdn Bhd (MBNS) sehingga 28 Februari 2017, kata Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Dalam jawapan bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, kementerian itu memberitahu bahawa hak itu dikekalkan berasaskan prinsip kedudukan “no worse off” semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.

“Hak eksklusif ini diberi oleh kerajaan Malaysia kepada MBNS pada 1997, sebelum Lesen Penyiaran di bawah Akta Penyiaran 1988 MBNS berhijrah ke rejim baharu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98)”.

“MBNS boleh meneruskan perkhidmatan penyiaran TV berbayar menerusi satelit untuk tontonan langsung kepada umum selepas 2017, tetapi bukan secara eksklusif,” kata kementerian itu bagi menjawab soalan Datuk Hasan Arifin (BN-Rompin).

Hasan ingin tahu sama ada kerajaan akan menyambung hak eksklusif Astro yang akan tamat tahun depan.

Kementerian itu turut menyebut, syarikat-syarikat lain boleh mula memohon untuk membeli perkhidmatan penyiaran TV berbayar melalui satelit selepas 28 Februari 2017. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=HYSAgn1sLTU&w=560&h=315]

Tags: astromonopoli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAPSMA Tolak Monopoli Pengambilan Pekerja Asing

14/05/2022
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) lega apabila kerajaan menghentikan sementara sistem digital pengambilan pekerja asing...

Jumlah Penonton Astro Melonjak Semasa PKP

01/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Jumlah penonton TV Astro meningkat sebanyak 43 peratus manakala masa harian yang dihabiskan untuk menonton melonjak 30...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd