• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

G25 Pertahan Kenyataan Mengenai Khalwat

oleh Ahmad Albab
13/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

PETALING JAYA – Kumpulan G25 mempertahankan kenyataannya mengenai undang-undang khalwat dengan mengatakan bahawa ia adalah satu ilustrasi terhadap pendiriannya tentang kepolisan moral.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya pada Sabtu, kumpulan itu menyatakan kebimbangan ke atas kenyataan yang dibuat oleh beberapa pegawai agama dan individu lain yang mengutuk atau mengeluarkan ancaman terhadap Datuk Noor Farida Ariffin ekoran komen yang dilakukannya Ahad lalu pada sidang akhbar selepas forum Islam dalam Demokrasi Perlembagaan anjuran G25.

“Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan mengenai undang-undang khalwat hanyalah ilustrasi pendirian kami berhubung kepolisan moral yang merupakan salah satu isu yang diketengahkan dalam surat terbuka kami yang dialamatkan kepada Perdana Menteri bertarikh 7 Disember 2014.

“Kami juga telah menimbulkan kebimbangan kami dalam surat terbuka mengenai keadaan semasa di mana badan-badan agama seolah-olah menegaskan bahawa pihak berkuasa menjalankan tugas di luar bidang kuasa mereka, di mana mereka mengeluarkan pelbagai fatwa yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar proses demokrasi syura dan di mana mereka yang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu-isu agama dituduh sebagai anti-Islam, anti-monarki dan anti-Melayu dan yang paling penting, di mana penggunaan Akta Hasutan kekal sebagai satu ancaman berterusan untuk menutup mulut sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan berbeza.

“Perkembangan ini menjejaskan komitmen Malaysia terhadap prinsip-prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang, menyemai ketaksuban dan tidak bertoleransi, dan mencetuskan peningkatan kebimbangan terhadap keamanan dan kestabilan negara.”

Kumpulan itu mengulangi bahawa tujuan sidang akhbar Ahad lepas adalah untuk menerangkan dan menghuraikan kenyataan dan deklarasi G25 dan cadangan badan perundingan untuk mengharmonikan undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan.

Pada majlis itu, jurucakap G25 Noor Farida juga berkata kumpulan itu kekal menentang undang-undang Syariah yang menceroboh ke dalam kehidupan peribadi orang ramai, memberikan undang-undang khalwat sebagai contoh dan menambah Malaysia merupakan satu-satunya negara Islam yang mempunyai undang-undang seperti itu. – mStar Online

Tags: G25kes khalwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Polis Didenda RM1,500 Terima Suapan Kes Khalwat

30/03/2022
0

IPOH : Anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menerima...

G25 Lebih Bahaya Daripada Al-Maunah – Hadi

17/01/2020
0

PETALING JAYA - PAS hari ini berkata, kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 dan pengikutnya adalah lebih berbahaya daripada kumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd