• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Menang Piala Malaysia Buat Kali Ke-33

oleh Ahmad Albab
19/12/2015
dalam Hangat, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Selangor melengkapkan ‘Misi 33’ dengan sentuhan Ahmad Hazwan Bakri untuk merangkul Piala Malaysia 2015 selepas mengalahkan Kedah 2-0 pada aksi final di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.

Ahmad Hazwan menampilkan kemampuan sebenar sebagai penyerang skuad Gergasi Merah apabila menyumbang dua gol seawal minit ketiga dan minit ke-47 bagi menamat penantian selama 10 tahun serta gelaran ke-33 dalam sejarah bola sepak berprestij itu.

Lebih manis, kejayaan skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu merupakan hadiah paling bermakna untuk Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyambut ulang tahun keputeraan baginda ke-70 semalam.
Selangor, yang memiliki sejarah tersendiri dalam kempen Piala Malaysia, meraih gelaran sulung itu pada 1922 dan malam ini merupakan kali ke-33 pasukan itu memahat nama dalam trofi paling berprestij dalam kempen Liga Malaysia.

Kedah, selaku juara liga Perdana musim ini, muncul juara Piala Malaysia sebanyak empat kali pada 1980, 1993, 2007 dan 2008.

Pada perlawanan dalam keadaan hujan renyai nyata tidak menghampakan lebih 80,000 penonton apabila kedua-dua pasukan memperagakan permainan pantas dengan semangat jitu sebaik sahaja wisel permulaan ditiup oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin.

Gerakan teratur dan pantas skuad Gergasi Merah memerangkap benteng perlawanan lawan apabila Ahmad Hazwan menyempurnakan hantaran Guilherme De Paula dengan jaringan awal.

Tersentak dengan gol tersebut, Kedah kembali memperkemaskan jentera serangan untuk memburu gol penyamaan dan hampir menyamakan kedudukan namun percubaan pemain import dari Albania, Liridon Krasniqi pada minit ke-24, sedikit melepasi pintu gol sebelah kanan Selangor.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, Selangor menghukum Kedah dengan rembatan kencang Ahmad Hazwan yang tepat menerjah penjuru kanan gol lawan, sekali gus memaksa perlawanan bertambah rancak.

Biarpun ketinggalan, Kedah enggan mengaku kalah malah memperkemaskan jentera serangan untuk melancarkan serangan namun hanya dikecewakan dengan kekebalan benteng pertahanan Selangor.

Nasib Kedah bertambah malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah penjaga gol, Mohd Firdaus Muhamad dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-84.

Mohd Firdaus dikenakan tindakan drastik tujuh minit sebelum perlawanan tamat selepas dikatakan menampan bola di luar kotak penalti sewaktu cuba menghalang percubaan pemain gantian Selangor, S. Veenod.

Ahmad Hazwan turut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan final.

Selaku juara, Selangor membawa pulang Piala Malaysia yang disampaikan oleh adinda Sultan Selangor, Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, yang mewakili Sultan Selangor, kepada kapten pasukan, Muhd Shahrom Abdul Kalam.

Perlawanan final itu turut disaksikan oleh Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah, yang merupakan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Lw9fyjHdP1Y[/wpdevart_youtube]

Tags: Piala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd