• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Sanggup Gadai Keselamatan Negara

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa pembangkang sanggup menggadaikan keselamatan negara demi kepentingan peribadi atau politik.

Liow merujuk kepada pertemuan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dengan Puteri Jacel Kiram, anak pemimpin Sulu yang mengaku Sultan Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan seminar bertajuk “Keselamatan Negara dan Ancaman Daripada Islamic State (IS)” di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.

Walaupun Nurul Izzah telah meminta maaf berhubung pertemuannya dengan puteri itu tetapi kerosakan sudah berlaku, kata Liow sambil menyatakan peranan seorang pemimpin amat penting terutama dalam memerangi ancaman terhadap keselamatan negara.

“Oleh itu, semua pemimpin termasuk pihak pembangkang perlu bertindak dalam menangani ancaman terhadap keselamatan negara dan ekstremisme,” katanya.

Pertemuan Nurul Izzah-Jacel telah menimbulkan kemarahan penduduk Sabah dan anggota keluarga mereka yang terbunuh dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, sehinggakan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 26 Nov meluluskan usul melarang Naib Presiden PKR Tian Chua dan Nurul Izzah daripada memasuki Sabah.

Pada 9 Nov, Jacel memuat naik empat keping gambar pertemuannya dengan Nurul Izzah dalam Facebook beliau, yang telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak di negara ini.

Nurul Izzah turut dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung perkara itu.

Sementara itu, dalam menangani isu keselamatan negara daripada ancaman kumpulan militan IS, Liow berkata seminar berkaitan isu IS anjuran MCA itu akan diperluaskan ke peringkat daerah dan negeri di seluruh negara mulai Januari depan kerana ideologi IS semakin berkembang melalui penyebaran di media sosial.

“Menurut sumber polis, terdapat kira-kira 50,000 orang di negara ini yang bersimpati dengan kumpulan IS, keadaan ini amat berbahaya jika banyak atau sekurang-kurangnya satu peratus daripada angka itu bertukar menjadi radikal dan melakukan serangan di negara ini,” katanya.

Seminar tertutup anjuran MCA itu turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Rosly Abas dan Ketua Penolong Pengarah dan Ketua Bahagian Counter-Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]6u_OyxT_a90[/wpdevart_youtube]

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd