• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Pecah Rekod Dunia Lukisan 3D Terpanjang

oleh
22/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Stesen penyiar tempatan milik pemerintah, Channel NewsAsia, pada Jumaat berjaya mencatat satu rekod dunia Guinness baharu bagi kategori lukisan anamorfik atau visual 3 dimesi terpanjang di permukaan jalan.

Menurut laporan media Singapura, karya rekod terbaharu dunia berkenaan berjudul Story of our City 3D dan terletak di koridor luar Trick Eye Museum, Resorts World Sentosa di pulau peranginan popular, Sentosa Island.

Lukisan unik ini mengabadikan beberapa mercu tanda utama atau ikonik terkenal republik tersebut antaranya Taman di Pesisiran dan Galeri Nasional Singapura, dari sudut arah pandang perspektif tiga dimensi.

Sepanjang 183.5 meter, ia memecahkan rekod lama pernah dibuat menerusi karya bernama The New Wilderness oleh penganjurnya, Planet Streetpanting di Lelystad, Belanda, berukuran 140.3 meter pada 9 September 2013.

Meskipun berdepan masalah cuaca hujan, karya itu dapat disiapkan dalam masa 11 hari oleh sekumpulan 50 artis termasuk pelajar dari Akademi Seni Halus Nanyang serta dua buah sekolah menengah, Orchid Park dan Siglap

Pemangku Menteri Pendidikan dan Menteri Kanan Pengangkutan Singapura, Ng Chee Meng memberikan sentuhan terakhir kepada karya seni tersebut pada Jumaat dengan mewarnakan bendera kecil negara itu.

Channel NewsAsia menyatakan landskap Singapura sudah berubah sama sekali sepanjang 50 tahun lalu dan stesen tersebut mahu berkongsi kisahnya serta meletakkan republik itu di peta dunia menerusi karya seni unik ini.

Story of our City 3D merupakan sanjungan demi Singapura sekali gus menutup tirai sambutan Jubli Emas 50 tahun kemerdekaan. Orang ramai dapat lihat sendiri keindahan karya ini secara percuma sehingga 22 Januari depan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: GuinnessSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd