SEKALUNG tahniah diucapkan kepada pelawak Fad Bocey dan isteri, Syaheera yang telah selamat menimang cahaya mata kembar sulung mereka, pada Jumaat.
Berita gembira itu dikongsikan oleh pengacara dan pelawak Jihan Muse di laman Instagram miliknya.
“Dik, besaq sangat dah adik kak dari sekolah sampai dah masuk U, sampai bercinta frust, kahwin sampai pregnant tuptup deliver sekali kembaq anak adik.
“Cepatnya masa berlalu. Dalam pada adik blur-blur, lost banyak benda tak tau tanya macam-macam sampai kak tengok adik matang dah.
“La jadi ibu dah pun . Indah sangat perjalanan hidup adik Tuhan tu aturkan. Tahniah dik! Kak sayang adik kak happy for you dik,” tulis Jihan di Instagram.