• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

320,000 Rakyat Malaysia Ikrar Derma Organ Sehingga Nov Lepas

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Sebanyak 320,062 rakyat Malaysia berikrar sebagai penderma organ atau satu peratus daripada 30 juta penduduk negara, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata jumlah penderma organ itu berdasarkan data Pusat Sumber Transplan Nasional sejak tahun 1997 hingga November lepas.

Berdasarkan Global Obsevatory on Donation and Transplanation World Health Organization 2011, kadar derma organ dan tisu di negara ini adalah 0.6 peratus pendermaan persejuta penduduk iaitu antara yang paling rendah di dunia.

“Kadar pendermaan organ di negara ini adalah amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan. Sebagai contoh di Singapura sekitar lima persejuta penduduk, Australia (11.3 persejuta), United Kingdom (15.07 persejuta), Amerika Syarikat (25.49 persejuta) dan Sepanyol (34.35 persejuta).

“Seramai 19,518 pesakit buah pinggang, jantung, hati dan paru-paru sedang menunggu pemindahan organ untuk meneruskan hidup,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Roadshow Pendermaan Organ Siri 4/2015 di Klinik Kesihatan Alor Gajah di sini, Jumaat.

Turut hadir Ketua Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan, Datin Dr. Fadhilah Zowiyah Lela Yasmin Mansor.

Sementara itu, Lee berkata seramai 28 penderma organ berdaftar berjaya merealisasikan hasrat masing-masing untuk melakukan pendermaan organ atau tisu masing-masing selepas meninggal dunia antara Januari hingga November tahun ini.

“Secara keseluruhan 300 pendaftar organ meninggal pada tahun ini tetapi pemindahan organ dan tisu hanya berjaya dilakukan terhadap 28 daripada mereka disebabkan halangan daripada keluarga yang tidak dimaklumkan mengenai hasrat berkenaan, pendaftaran pengikrar gagal dikesan hospital serta pengikrar menghidap penyakit berjangkit seperti virus HIV,” katanya.

Beliau berkata 40 penderma organ pula yang turut bukan merupakan pendaftar penderma organ yang sah tetapi pemindahan berkenaan berjaya dilakukan sepanjang tempoh sama tahun ini atas kebenaran keluarga selepas kematian mereka.

Dalam perkembangan lain, katanya program jerayawara pendermaan organ akan terus diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pendermaan organ terbabit dalam membantu mereka yang memerlukan.

Katanya 6,478 penderma organ mendaftar sebagai pengikrar baharu sejak Januari hingga Oktober tahun ini berbanding 5,103 orang sepanjang tahun lepas. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]PWKaPkuOzM4[/wpdevart_youtube]

Tags: derma organ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syukur Rezeki Lancar Berkat Derma Hati

31/05/2018
0

KIRA-KIRA 20 tahun lalu, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail dianggap hero Malaysia atas keberaniannya mendermakan sebahagian hatinya kepada pesakit bengkak...

Buka Mata Selepas Dermakan Organ Anak

09/10/2017
0

GEORGE TOWN - Seorang pemandu teksi, A. Tiruna, menyedari nilai sebenar menyelamatkan nyawa orang lain selepas organ anaknya didermakan pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd