• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Agung UMNO 2015 Labuh Tirai Hari Ini

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari bersidang, Perhimpunan Agung UMNO 2015 akan melabuhkan tirai hari ini, dengan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menyampaikan ucapan penggulungan dan amanat kepada anggota parti.

Ucapan Najib, yang juga Perdana Menteri, pastinya dinanti-nantikan bukan sahaja oleh 2,654 perwakilan dari 191 Bahagian UMNO, malah oleh ahlo parti di seluruh negara.

Buat julung kali, pentas Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menyaksikan hanya presiden parti berucap pada sesi penggulungan, berbanding sebelum ini, timbalan presiden serta tiga naib presiden turut berbuat demikian.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada Rabu.

Sebanyak 11 pembahas akan meneruskan perbahasan usul ekonomi bermula 8.30 pagi ini, selepas tiga orang berbuat demikian semalam.

Ia kemudian, diikuti dengan pembentangan usul agama dan pendidikan yang dijangka dibahaskan oleh 14 wakil negeri-negeri, termasuk pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri.

Pada Jumaat, usul ucapan dasar presiden diluluskan sebulat suara setelah 15 pembahas membentangkan hujah masing-masing sejak Khamis, selepas perasmian oleh Najib. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]0k8M0pZionQ[/wpdevart_youtube]

Tags: PAU 2015
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mesej Perhimpunan Jelas Mahu Perdamaian Dalam Parti

12/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu memberi isyarat jelas mahukan pemimpin yang bersengketa supaya berdamai...

Najib Pilih Berjiwa Besar Berdamai Bagi Kukuhkan UMNO

12/12/2015
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau memilih berjiwa besar untuk berdamai dalam usaha mengukuhkan ikatan UMNO....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd