KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet paralimpik Malaysia atas kejayaan meraih 147 pingat di temasya Sukan Para ASEAN 2015 di Singapura.
Najib menyampaikan ucapan itu menerusi catatan terkini di akaun Twitter miliknya semalam.
“Tahniah kepada atlet-atlet kita yang berjaya merangkul 147 pingat di ASEAN Para Games 2015,” katanya.
Baca: Sukan Para ASEAN – Jumpa Lagi Di KL 2017
Kontinjen negara sebanyak 316 orang merangkumi 197 atlet dan 119 pegawai menduduki tangga ketiga keseluruhan dengan mengutip 52 pingat emas, 58 perak dan 37 gangsa.
Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan Para ASEAN edisi 2017 iaitu selepas penganjuran temasya Sukan SEA. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]x7O-Xx06mEc[/wpdevart_youtube]