• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Ditangkap Ceroboh Kawasan Istana Pasir Pelangi

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur lelaki ditahan oleh Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) di kawasan Istana Pasir Pelangi di sini malam tadi, selepas didapati menceroboh.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 27 tahun itu berasal dari Taman Dahlia, Tampoi dan dipercayai menceroboh kawasan istana melalui satu daripada pintu masuk, pada 12 tengah malam.

Katanya, askar JMF yang menyedari kehadiran lelaki itu kemudiannya bertindak segera menahannya dan menyerahkan suspek kepada anggota polis Ibu Pejabat Polis Johor Baharu Selatan (JBS).

“Ketika disedari JMF, lelaki itu sudah pun masuk sejauh 50 meter ke dalam kawasan istana.

“Hasil soal siasat, polis mendapati lelaki itu memberi alasan ingin berjumpa dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Wan Ahmad berkata lelaki itu kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Polis juga akan mendapatkan laporan kesihatan daripada pihak hospital untuk mengesahkan sama ada suspek mengalami gangguan penyakit mental atau sebaliknya.

Susulan kejadian itu, polis turut mempertingkat kekerapan rondaan di kawasan istana bagi mengelakkan kejadian sama berulang selain daripada menjamin keselamatan penghuni.

Beliau juga berkata orang ramai perlu mengambil maklum, istana adalah antara kawasan larangan yang telah diwartakan kerajaan.

Tambahnya, sejak tahun 2010 hingga 2014, empat kes pencerobohan berlaku di kawasan larangan dengan kesemua penceroboh didapati mengalami masalah mental.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawsan larangan. – BERNAMA

Tags: ceroboh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

Mayat Wanita Muda Ditemukan Terapung Di Lombong

Lelaki Warga Nepal Diberkas Ceroboh Inap Desa

24/02/2024
0

AMPANG JAYA - Seorang lelaki warga Nepal ditahan kerana menceroboh sebuah inap desa di Kampung Perwira Jaya, Ampang Hilir di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd