• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RFI Projek Kereta Api Laju KL-Singapura Jalani Analisis Data

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Permintaan Maklumat (RFI) bagi projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura, yang telah selesai, sedang menjalani analisis data, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata selepas analisis data itu selesai, tender terbuka bagi projek tersebut akan dimulakan.

“Kami juga mengadakan tender terbuka bagi RFI dan data yang dikemukakan sedang dirumuskan oleh pelbagai syarikat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran Kereta Api Laju China pertama di sini, hari ini.

Liow berkata maklum balas awam terhadap projek Kereta Api Laju itu juga memerlukan perbincangan dimuktamadkan dengan pihak Singapura.

Sebelumnya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) menerima 98 serahan, daripada rantaian nilai Kereta Api Laju dan termasuk entiti berpangkalan di Malaysia, Singapura, Asia Pasifik, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara.

Sementara itu, pameran lima hari tersebut yang dianjurkan oleh China Railway merupakan kerjasama dengan SPAD dan Han Culture Centre Malaysia (HCCM).

Terdahulu dalam ucapannya, Liow berkata bilangan penumpang pengangkutan awam darat dijangka mencecah 500,000 tahun ini dan lebih 800,000 menjelang 2020.

Felo Chinese Academy of Engineering China Railway, He Huawu, berkata pada akhir 2015, dijangkakan terdapat lebih 19,000 kilometer jarak perbatuan kereta api laju beroperasi di seluruh dunia.

“China menyediakan perkhidmatan jarak berbatuan paling panjang dan struktur kereta api laju paling canggih di dunia,” katanya.

Beliau berkata China membina sekurang-kurang 34 laluan kereta api laju di seluruh dunia yang merangkumi 160 bandar raya, dengan lebih 3,000 unit elektrik beroperasi setiap hari dengan lebih tiga juta penumpang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]xMYGSq2JYr0[/wpdevart_youtube]

Tags: kereta api
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

Kereta Api Terpantas Di Dunia Rekod Kelajuan 453 km/j

21/10/2025
0

BEIJING: Kereta api terpantas di dunia, CR450 memulakan siri ujian pra-perkhidmatan dengan merekodkan kelajuan maksimum 453 km/j, lapor Xinhua. Kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd