• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Dituntut Bersatu, Elak Cari Kesalahan Sesama Sendiri

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di seluruh negara diminta supaya tidak mencari kesalahan sesama mereka dan mencela antara satu sama lain, sebaliknya bersatu hati untuk menentang anasir yang cuba merosakkan agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom ketika menyampaikan khutbah Jumaat hari ini, berkata perbuatan itu menjadi sebahagian daripada prasyarat bagi mendapatkan kemenangan di sisi Allah selain mendaulatkan agama Allah serta mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara.

“Firman Allah bermaksud janganlah kita berbantah-bantah, bergaduh dan berkelahi antara satu sama lain, maka kamu akan menjadi kelompok yang gundah-gulana dan gementar serta menghilangkan kehebatan umat Islam di bumi Malaysia ini,” katanya.

Lebih 5,000 jemaah, termasuk Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menunaikan solat Jumaat di Dewan Tun Abdul Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang diimamkan oleh Imam 1 Masjid Ara Damansara Ustaz Mohd Shukri Ali.

Semua jemaah kemudian turut menunaikan solat sunat hajat selepas menunaikan solat fardu Jumaat bagi memohon pertolongan Allah dalam menghadapi cabaran yang dihadapi umat masa kini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]METbveG9lSY[/wpdevart_youtube]

Tags: Jamil Khir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd