• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Suspek Culik Dan Bunuh Ditahan

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lima suspek warga Myanmar ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes menculik dan membunuh dua warga Bangladesh di Genting Highlands, Pahang, bulan lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam kejadian itu lima suspek berkenaan dipercayai telah menculik lalu membunuh mangsa sebelum mencampakkan mayat mereka ke dalam sebuah gaung.

“Apabila suspek tidak dapat wang tebusan seperti yang diharapkan, mangsa dibawa ke hutan sebelum membunuh kedua-duanya dan mencampak mayat mereka ke dalam gaung.

“Motif penculikan itu untuk mendapatkan wang tebusan daripada kedua-dua mangsa,” katanya dalam sidang media sempena Latihan Kebakaran Peringkat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Menara 1.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Mansor Mohd Noor ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas yang memperincikan maklumat serta penahanan suspek berkaitan kes itu 5.30 petang esok.

Terdahulu, satu sesi latihan kebakaran diadakan di Menara 1, Bukit Amani pada pukul 9.30 pagi tadi, bagi menunjukkan keprihatinan PDRM terhadap pentingnya warga PDRM mendapat pengetahuan asas mengenai aspek keselamatan kebakaran di pejabat.

Susulan itu, PDRM akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk melatih anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengendalikan ‘meriam air’ jika berlaku kebakaran.

“FRU akan menjadi respons pertama dalam sebarang kecemasan terutamanya kebakaran dalam kompleks PDRM seperti kompleks FRU, Maktab PDRM dan Pasukan Gerakan Am di Cheras.

“Selain ‘meriam air’ digunakan ketika demonstrasi haram ia juga boleh digunakan pada waktu kecemasan untuk memadam kebakaran, pihak bomba sudah menyatakan kesediaan mereka untuk melatih anggota FRU,” katanya.

Khalid berkata perbincangan lanjut mengenai kerjasama itu sedang dilakukan dengan bomba. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]-p_Zh369quw[/wpdevart_youtube]

Tags: kes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd