• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Tiga Pesawat Parkir Di KLIA Akhirnya Tampil

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pemilik tiga pesawat diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini yang selama ini ‘hilang’ kini tampil, mendakwa syarikat itu secara asasnya konsisten berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson memberitahu akhbar The Star pada Jumaat bahawa tiga pesawat Boeing 747 yang diiklankan akhbar ini pada 7 Disember lalu memang adalah milik syarikat itu.

Beliau berkata Swift telah menjadi pemilik tiga pesawat tersebut sejak 8 Jun tahun ini.

Parkir Setahun Tak Mahu Ambil Semula: MAHB Bagi Notis 14 Hari

“MAHB tahu perkara ini kerana kita telah mengadakan banyak pertemuan dengan mereka mengenai pesawat berkenaan.

“MAHB atas sebab tertentu yang tidak dapat diduga, enggan mengakui Swift sebagai pemilik pesawat, walaupun kita mempunyai semua dokumen sokongan, termasuk bil penjualan bagi tiga pesawat itu,” dakwanya.

Beliau berkata penjualan pesawat itu kepada Swift Air Cargo telah disaksikan oleh peguam cara, Syed Amir Ibrahim dari firma Syed Ibrahim & Co, semasa dokumen itu ditandatangani di Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi, Syed Amir mengesahkan bahawa penjualan pesawat itu kepada Swift telah berlaku.

Kapten Peterson juga mendakwa beliau mempunyai Akuan Berkanun daripada pemilik sebelumnya, diperakui di Hong Kong dengan cop pejabat Konsulat Malaysia di pulau China itu.

“Pelbagai dokumen sokongan, jelas menyatakan bahawa Swift adalah pemilik ketiga-tiga pesawat B747,” kata beliau.

Tambahnya, mesyuarat pertama dengan MAHB dibuat dengan Pengurus Besar Kanan dalam perkhidmatan beroperasi 17 Jun lalu. - mStar

[wpdevart_youtube]EugBolubMTU[/wpdevart_youtube]

Tags: pesawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

Pesawat Patah Balik Kerana Bau Pelik

10/05/2024
0

MOSCOW - Pesawat Boeing 747-8 milik syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa ke Chicago terpaksa berpatah balik ke Frankfurt pada Khamis akibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd