• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebebasan Bercakap Untuk Perbaiki Bukan Menikam Parti

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Manfaatkan kebebasan bercakap yang diberikan kepada anggota UMNO untuk memperbaiki parti agar ia lebih teguh dan bukannya untuk menikam parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Idris Haron.

Ketua Menteri Melaka itu berkata UMNO menyediakan ruang bercakap kepada akar umbi hingga ke peringkat pemimpin yang wajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, dan bukan menggunakan ruang luar untuk memperkatakan tentang keburukan parti.

“Dalam konteks parti sendiri, struktur kita menyebut secara sistematik setiap perwakilan peringkat cawangan, bahagian hingga kebangsaan boleh bercakap, bahas usul peringkat cawangan, bahas usul peringkat bahagian hingga bahas usul peringkat kebangsaan.

“Tidak ada dalam prosedur parti itu menyebut kita boleh membahaskan usul di luar parti, tidak ada dalam perlembagaan parti menyebut boleh bercerita tentang keburukan parti bukan dalam gelanggang parti.

“Semua anggota parti kena ingat, fahami dan hayati dengan mendalam pepatah Melayu yang kita warisi daripada generasi terdahulu iaitu ‘sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa’,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika mengadakan lawatan ke Wisma Bernama di sini serta menjadi tetamu rancangan ‘Bernama Today’ terbitan Bernama TV. Turut hadir Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh.

Idris berpendapat keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk tidak membenarkan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 sebagai suatu peringatan dan tanda sayang sebuah keluarga.

“Ini seperti keluarga… umpama anak langgar peraturan. Ibunya kata ‘you are grounded’. Saya kira halangan itu pun merupakan tindakan wajar. Presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) sangat besar jiwanya hanya beri peringatan, ‘be careful’ lain kali jangan buat lagi,” katanya.

Dalam wawancara bersama Bernama Today, Idris menegaskan peri pentingnya UMNO mempunyai perpaduan dan kesepakatan dalam kalangan anggotanya untuk parti terus mara serta mencapai wawasannya.

“Kita perlu bermula dengan perpaduan dan kesepakatan, kita tidak boleh ada perpecahan dalam parti sebab banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk rakyat dan pilihan raya umum akan datang,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]_D4obqB7sFQ[/wpdevart_youtube]

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd