• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Balik Harga Rumah PR1MA – Wakil Puteri

oleh Ahmad Albab
11/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wakil Puteri UMNO hari ini mendesak supaya harga rumah yang ditawarkan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dikaji semula supaya menepati matlamat asal membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki rumah.

Ketua Puteri UMNO Gerik, Salbiah Mohamed ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 berkata rumah PR1MA yang bernilai antara RM100,000 hingga RM400,000 hakikatnya tidak mampu dimiliki golongan berkenaan.

“Ini bukan untuk golongan sederhana. Sebab itulah, kita selalu dengar orang cakap ‘itu rumah mampu tengok sahaja, yang mampu milik rumah dalam kubur’.

“Misalnya, graduan baru bekerja dengan pendapatan RM2,500 hingga RM3,000 dan beli rumah berharga RM200,000, mereka perlu bayar antara RM1,000 hingga RM1,200 sebulan, dah separuh gaji. Bagaimana mampu beli rumah. Nak tampung keluarga, bayar pinjaman lagi, kos sara hidup tinggi,” katanya.

Berikutan itu, katanya, ada golongan sederhana menganggap usaha kerajaan membantu mereka untuk memiliki rumah hanyalah retorik semata-mata ekoran penetapan harga tidak masuk akal itu.

“Kerajaan sudah buat macam-macam. Ada PR1MA, Skim MyHome, jadi apa masalah. Perumahan PR1MA ditawarkan, niat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah membantu golongan berpendapatan sederhana,” katanya.

Justeru, Salbiah berkata sewajarnya Indeks Prestasi Utama (KPI) PR1MA memfokuskan kepada berapa ramai yang berjaya memiliki rumah khususnya anak-anak muda dan bukan keuntungan semata-mata.

PR1MA ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk membangunkan dan menawarkan kediaman di lokasi-lokasi strategik bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9sTw7A7elx0[/wpdevart_youtube]

Tags: PR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd