• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Tentera & Bekas Anggota RELA Antara Ditahan Jual, Milik Senapang Patah

oleh Ahmad Albab
10/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Pesara tentera dan bekas anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) antara tiga ditahan kerana menjual dan memiliki senapang patah buatan sendiri, dalam tiga serbuan di lokasi berasingan yang dilakukan pasukan Cantas Ibu Pejabat Polis (IPD) Yan, pada Selasa dan Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Yan, DSP Muhamad Halim Yatim berkata, hasil serbuan tersebut, Polis merampas empat laras senapang patah buatan sendiri yang dipercayai digunakan untuk menghapuskan binatang perosak tanaman.

Menurutnya dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Teroi, dekat sini, pukul 10.45 malam, pada Selasa, Polis menahan seorang bekas anggota RELA berusia 67 tahun serta merampas tiga laras senapang patah buatan sendiri bersama peralatan membuatnya.

“Serbuan kedua pula dilakukan di sebuah rumah di Kampung Setar, kira-kira pukul 12.30 malam, Rabu dan menahan seorang lelaki berusia 62 tahun, bagaimanapun tiada senjata api yang ditemui bersama suspek walaupun suspek mengaku ada membeli selaras senapang patah buatan suspek pertama,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Manakala dalam serbuan ketiga di Kampung Perigi kira-kira pukul 1.20 pagi pada Rabu, Polis menahan seorang lelaki berusia 60 tahun yang merupakan pesara tentera, serta merampas selarang senapang patah yang didakwa dibeli daripada suspek pertama.

“Siasatan mendapati, suspek pertama telah menjual kira-kira 10 laras senapang dalam tempoh dua tahun, dan mempelajari cara membuat senapang daripada seorang kenalannya yang berada di Pahang. Difahamkan, selaras senapang patah berharga antara RM800 hingga RM1,500, bergantung kepada jenisnya,” katanya.

Muhamad Halim berkata, kesemua suspek kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – BERNAMA

Tags: RELAsenjata
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

[TERKINI] Suami Isteri Bekal Senjata Kepada Lelaki Israel Direman Seminggu

30/03/2024
8

Kuala Lumpur : Pasangan suami isteri yang ditahan selepas disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel direman selama tujuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd