• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Ke Atas Muhyiddin Kerana Disiplin, Bukan Sebab Isu

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan boleh dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana beliau melanggar peraturan disiplin UMNO dan bukannya kerana isu yang dibangkitkan.

“Saya bersetuju kalau tindakan diambil… tapi bukan kerana pertanyaan tentang 1MDB ataupun RM2.6 bilion, itu bukan masalah.

“Yang kita ambil tindakan adalah soal disiplin parti sebab sebelum ini Majlis Tertinggi UMNO (MT) telah beri arahan kepada presiden dan timbalan presiden supaya tidak lagi membincangkan soal ini di luar dan (sebaliknya) gunakan platform MT sebagai landasan untuk bertanya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Laman Media Perhimpunan Agung UMNO 2015, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional itu berkata, MT UMNO adalah badan tertinggi dalam parti dan sebarang arahan yang dikeluarkan oleh badan itu perlu dipatuhi.

Abdul Rahman berkata Muhyiddin perlu hadir pada mana-mana sesi Perhimpunan UMNO 2015 bagi melihat sokongan para perwakilan terhadap presiden parti yang amat memberangsangkan.

Katanya hal ini penting untuk Muhyiddin mengetahui situasi sebenar.

“Kita tengok semalam (majlis Amanat Presiden UMNO) pun kerusi (Muhyiddin) kosong, maknanya UMNO mengalu-alukan timbalan presiden untuk hadir dalam perjumpaan ini.

“Bila dia tidak hadir, dia tidak dapat merasai ‘body language‘ dan respons daripada perwakilan terhadap apa yang dikatakan oleh presiden,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman berpendapat cadangan untuk mengehadkan tempoh presiden UMNO memegang jawatan selama dua penggal akan menjejaskan perancangan jangka panjang presiden terhadap parti.

Cadangan supaya UMNO mengehadkan tempoh presiden parti memegang jawatan selama dua penggal dibangkitkan Muhyiddin dalam ucapannya pada satu majlis di Kampung Baru di sini Isnin lepas. – BERNAMA

Tags: Rahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

PRU15: Rahman Dahlan Antara 5 Nama BN Kota Belud

14/10/2022
0

KOTA KINABALU : Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengesahkan namanya adalah antara lima calon yang...

Rahman Dahlan, Bung Moktar Berdamai Demi PRN Sabah

01/09/2020
0

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan perselisihan pendapat di antara Ahli Majlis Tertinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd