• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tradisi Parti UMNO Harus Sokong Presiden – Shahrizat

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Wanita Umno sekali lagi menggesa anggotanya supaya berdiri teguh di belakang presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi perisai dalam menangkis serangan terhadap beliau.

Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sayap itu seharusnya bersatu di saat pergolakan dan cabaran yang berlaku kepada parti dengan memperkukuhkan kepimpinan Najib.

“Kita adalah parti dengan tradisi. Kita sokong presiden kita. Kita sokong pemimpin kita. Dengan semua sokongan ini, kita sebenarnya dapat keluar dari krisis ini.

“Setia kepada seorang pemimpin merupakan kekuatan kita yang dicemburui oleh mereka yang mahu memusnahkan parti.

“Kita perlu memberi kekuatan kepada presiden kita supaya pengkritik di luar atau dalaman parti tidak boleh melemahkan beliau,” kata Shahrizat kepada para perwakilan pada perhimpunan agung sayap itu di sini, Rabu.

Shahrizat berkata, Wanita Umno sebagai tulang belakang parti tidak pernah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

“Marilah kita menjadi yang pertama memberikan kekuatan kepada Datuk Seri Najib dalam mengemudi parti. Marilah kita menjadi perisai mempertahankan parti,” katanya.

Shahrizat sebelum ini menggesa anggota Wanita Umno supaya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib susulan serangan yang berterusan daripada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri Julai lalu turut menggesa Najib untuk bercuti sehingga siasatan terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion diselesaikan. – mStar Online

Tags: PAU 2015Shahrizat Abdul Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

Shahrizat Kembali Dalam Organisasi UMNO

22/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Biarpun tewas kepada Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dalam perebutan jawatan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat...

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

Shahrizat Sah Bertanding Ketua Wanita UMNO

17/02/2023
0

Kuala Lumpur : Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara rasminya bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO dan menyerahkan kertas pencalonannya awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd