• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Puteri UMNO Kejar Kualiti, Cari Pelapis

oleh Ahmad Albab
09/12/2015
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri Umno tidak hanya menyasarkan kuantiti untuk memperkasakan kedudukannya dalam parti tetapi turut memberi penekanan kepada aspek kualiti.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata selain kuantiti, Puteri melihat kualiti adalah penting dalam usaha menjadikan sayap ini sebagai asiprasi wanita muda dan negara.

“Puteri di semua peringkat mesti berkerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini tercapai namun bukanlah kuantiti sahaja yang dijekar, kualiti ahli Puteri juga perlu diberi penekanan.

“Sayang sekali jika hari ini kita tidak memaksimakan bakat dan tenaga yang ada pada mereka untuk kebaikan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar sayap Pergerakan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Rabu.

Beliau yang juga timbalan menteri pelancongan dan kebudayaan berkata setakat 31 Oktober 2015, Puteri mempunyai 388,520 keahlian dan meyasarkan 500,00 keahlian menjelang 2017.

Katanya, untuk mencapai sasaran itu, risiko jurang generasi dalam Puteri Umno perlu dikawal di mana jurang itu boleh wujud daripada proses transisi yang berlaku dalam Umno.

“Proses transisi ini akan menyebabkan kelompongan yang besar dalam Puteri, khususnya golongan wanita muda di kelas umur 18 hingga 25 tahun.

Masalah ini perlu diatasi kerana wanita muda merupakan golongan ideal dan pencorak masa depan politik negara.

“Malah berdasarkan statistik, golongan inilah yang mendominasi kemasukan universiti,” katanya.

Menyedari keadaan ini Mas Ermieyati berkata Adinda telah diwujudkan sebagai satu inisiatif untuk mewujudkan golongan pelapis untuk golongan Puteri.

Katanya Adinda adalah program berunsurkan pendidikan dan motivasi yang dibuat secara berterusan agar wanita muda diberi pendedahan kepada isu-isu dan perkembangan terkini.

“Adinda bukan sahaja menjadi wadah pendidikan, ruang ekspresi dan membina kesedaran politik yang sihat, tetapi menjadi penghubung antara Puteri dengan wanita muda.

“Secara tak langsung, inisiatif seperti ini juga menggalakkan penyertaan mereka untuk bersama-sama dalam perjuangan ini,” katanya. – mStar Online

Tags: PAU 2015Puteri UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

[PAU 2021] Puteri UMNO Mahu PRU-15 Segera

17/03/2022
0

KUALA LUMPUR : Pergerakan Puteri UMNO menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Puteri UMNO Tidak Mahu Pintu Belakang

05/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Puteri UMNO mengingatkan ahlinya agar tidak termakan umpan untuk mengejar kedudukan kerana tiada pintu belakang untuk berkuasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd