Siapa kata nilai kemanusiaan dalam kalangan rakyat Malaysia sudah pupus?
Satu kejadian yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook bernama Saravanan Marimuthu menceritakan sebaliknya.
Menerusi satu status laman sosialnya, Saravanan mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang prihatin kerana bantu menyorokkan kunci ke dalam jaket apabila mendapati Saravanan terlupa mengambil kunci tersebut selepas memarkir motosikalnya.
Individu tersebut siap meninggalkan satu nota bersama peringatan agar lebih berhati-hati pada masa depan.
Kisah-kisah begini amat menyejukkan hati apabila dibaca apatah lagi bila melibatkan berbilang kaum.
Kami juga pernah siarkan kisah nota daripada pemandu jujur di parkir Putrajaya. Klik Untuk Baca!
Semoga terdapat ramai lagi individu prihatin seperti pengirim nota ini dalam masyarakat kita. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB
