• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Polis Wanita Berjuang Biarpun Dikelar

oleh Ahmad Albab
08/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Anggota polis wanita putus urat leher akibat dikelar dua lelaki yang cuba menyamunnya di Danau Kota, Setapak, dalam kejadian kira-kira 7 pagi semalam.

Lans Koperal berusia 27 tahun itu dan bertugas di Balai Polis Gombak.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata dalam kejadian itu mangsa sedang berjalan dari rumah untuk membeli sarapan tidak jauh dari kawasan kediamannya.

“Ketika melalui kawasan Tanah Perkuburan Islam Danau Kota, anggota itu dihampiri dua lelaki bermotosikal sebelum tiba-tiba mengacu pisau ke arahnya.

“Suspek kemudian mengarahkan anggota itu menyerahkan barangan berharga miliknya sebelum berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya, ketika bergelut dalam cubaan untuk mempertahankan diri, seorang daripada suspek kelar leher mangsa dengan objek tajam dipercayai pisau.

“Meskipun cedera, anggota berkenaan masih berusaha menahan suspek, namun mereka dapat melarikan diri tanpa sempat merampas barangan berharga milik mangsa,” katanya.

Beliau berkata, beberapa remaja melalui lokasi kejadian membantu menghantar mangsa pulang ke rumahnya sebelum dihantar oleh adik iparnya ke Klinik Kesihatan Gombak Setia, bagi mendapatkan rawatan awal.

“Akibat kecederaan serius, anggota berkenaan dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan menjalani pembedahan pada lehernya.

“Usaha menjejaki kedua-dua suspek sedang dijalankan selepas mendapat maklumat daripada mangsa sebaik selesai menjalani pembedahan,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Rakan Cop Polis KL di 03-21159999 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata anggota itu bertugas di Bahagian Tugas Am, Balai Polis Gombak, masih menjalani rawatan dan dilaporkan stabil. – myMetro Online

Tags: kelarkes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

Lelaki Disyaki Kelar Isteri Hingga Mati Didakwa Hari Ini

10/06/2025
0

TANGKAK: Penganggur yang ditahan selepas disyaki mengelar leher isterinya hingga mati minggu lalu serta melakukan khianat dengan api terhadap keluarga mentua, akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd