• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“5 Perkara Yang Dikesali Semasa Hampir Maut” – Bronnie Ware

oleh Ahmad Albab
12/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bronnie Ware adalah seorang jururawat yang bertugas, menjaga pesakit yang sedang menunggu detik kematian.

Pengalaman bersama pesakit-pesakitnya ini, yang dibukukan oleh Ware menggunakan tajuk The Top Five Regrets of The Dying – A Life Transformed by the Dearly Departing telah menjadi antara buku terlaris di dunia dan diterjemahkan ke 27 bahasa.

Di dalam buku ini Ware mengetengahkan 5 perkara yang paling dikesali oleh pesakit yang berada di ambang kematian. Lima perkara tersebut yang dikongsikan beliau adalah:

“Saya berharap saya punyai keberanian untuk jalani kehidupan yang saya inginkan, bukan kehidupan yang diharapkan oleh orang lain terhadap saya..”

Banyak impian mungkin tidak dapat tertunai disebabkan pilihan hidup yang telah dibuat. Semuanya bergantung kepada diri sendiri, apa paling penting adalah berusaha menggapai impian sebelum tahap kesihatan merosot.

“Saya berharap saya tidak bekerja terlalu kuat..”

Ini kebiasaannya dinyatakan oleh pesakit lelaki kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan untuk bekerja sehingga menyebabkan mereka kehilangan detik-detik indah melihat perkembangan anak-anak dari kecil hingga dewasa. Disebabkan kerja juga, mereka kurang memberi tumpuan kepada pasangan.

“Saya berharap saya punyai keberanian untuk meluahkan perasaan..”

Ramai orang memendam perasaan kerana mahu menjaga hati orang lain dan tidak suka mencetuskan masalah. Lanjutan dari itu, mereka juga menjadi seseorang yang berpuas hati terhadap perkara pada tahap biasa-biasa sahaja dan tidak mencapai kemampuan sebenar diri mereka.

“Saya berharap saya sentiasa berhubung dengan kawan-kawan..”

Ramai orang mengabaikan hubungan persahabatan kerana sibuk dengan kehidupan seharian. Tetapi apabila sedang sakit dan tenat, orang akan selalu merindui kawan-kawan lama. Waktu itu barulah, mereka menyesal kerana tidak menjaga hubungan dengan kawan-kawan yang pernah rapat dengan mereka.

“Saya berharap saya pilih hidup yang lebih gembira..”

Ramai tidak menyedari bahawa kegembiraan adalah satu pilihan. Kebanyakannya terperangkap di dalam sebuah kehidupan yang mempunyai tabiat dan corak yang sama. Mereka takut mengubah apa yang ada di dalam zon selesa mereka sehingga menyebabkan mereka tidak memperoleh apa yang diinginkan dalam hidup.

– MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CZCakkRkbp4]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

Pelantikan Timbalan EXCO Perkukuh Kapasiti Pentadbiran – Onn Hafiz

24/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pelantikan 10 Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri...

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

PMX Anwar Syukur Temui Anggota Tentera Di Negeri Sembilan, Rakam Penghargaan

24/07/2026
0

PORT DICKSON - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur dapat kembali ke Port Dickson untuk menyantuni warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd