• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khaled Nordin Nafi ‘Join’ Kem Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
07/12/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan beliau menyertai kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kumpulan dipanggil `Team 5M’ untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO pada tahun 2018.

Tegas beliau, tuduhan yang dilemparkan keatasnya tersebut adalah usaha pihak-pihak tertentu yang terdesak untuk menganggu semangat perpaduan dan keharmonian dalam parti itu.

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya penglibatan saya seperti yang didakwa oleh portal tersebut. Saya tidak dihubungi dan tidak ada menghubungi sesiapa untuk bertanding apa sahaja jawatan,” katanya menerusi akaun Facebook rasminya hari ini.

Justeru, Mohamed Khaled menggesa seluruh ahli UMNO mengambil kesempatan berkumpul pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok untuk memperkukuh dan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Beberapa media hari ini melaporkan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO akan mengumumkan satu kumpulan dipanggil `Team 5M’ yang menyenaraikan lima nama untuk bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2018 nanti.

Perkara tersebut dikatakan akan diumumkan oleh Muhyiddin pada perhimpunan khas malam ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

“Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir.

“Sementara itu pula, jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ahmad bin Said (Md Said) dan Mohamed Khaled Nordin,” kata laporan berkenaan. – mynewshub.cc

Tags: Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd