• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harta Karun Bernilai RM8.4 Bilion Ditemui Di Colombia

oleh AK-47
11/12/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CARTAGENA: Pihak berkuasa Colombia mengumumkan penemuan sejumlah harta karun dianggarkan bernilai sekitar AS$2 bilion (RM8.4 bilion) selepas berjaya menemui rangka kapal Sepanyol yang karam pada 1708.

Rangka kapal tersebut merupakan kapal San Jose milik armada Raja Philip V telah digunakan untuk menentang Britain pada tahun tersebut. Ia karam berhampiran perairan Islas de Rosario, pesisir pantai Colombia.

“Ia penemuan harta karun paling bernilai pernah ditemui dalam sejarah kemanusiaan,” kata Presiden Colombia, Juan Manuel Santos di bandar pelabuhan Cartagena berhampiran tempat penemuan harta berkenaan pada Ahad.

Selama ini, kapal tersebut yang disifatkan sebagai ibu segala kapal, telah menjadi buruan pemburu harta karun antarabangsa sejak puluhan tahun lalu kerana terkenal dengan nilai harta yang terkandung di dalamnya.

Baca: Kapal Harta Karun Terkenal Milik Sepanyol Dijumpai

san-jose

Menurut Sea Search Armada (SSA) yang berpejabat di Amerika Syarikat (AS), nilai sebenar harta yang ditemui sepatutnya jauh lebih tinggi, namun jatuh mendadak disebabkan kemerosotan harga semasa logam perak.

Sebelum ini juga, SSA pernah bertelingkah dengan kerajaan Colombia bagi menentukan hak ketuanan terhadap kesemua harta karun berkenaan.

Ini kerana pihak SSA mendakwa mereka telah berjaya menemui rangka kapal itu yang terdampar sekitar tahun 1980-an. – Sumber: Harian Metro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ukE0ARM4Pno&w=560&h=315]

Tags: Colombiaharta karun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Akan Ambil Tindakan Segera Penjualan ‘Energy Stick’

‘Ini Klang Bandar Diraja, Bukan Di Colombia’ – KPN

04/02/2024
0

KLANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertegas akan menghapuskan stigma 'Klang seperti Bandar Colombia' sebagaimana didakwa sesetengah pihak sejak kebelakangan ini....

Kes Cacar Monyet Di Columbia Meningkat Kepada 5

Kes Cacar Monyet Di Columbia Meningkat Kepada 5

03/07/2022
0

BOGOTA: Dua jangkitan baharu cacar monyet dikesan di Colombia, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada lima, lapor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd