KISAH panas mengenai artis tanah air, Fazura yang tidak dapat memahami singkatan #KimK masih belum menemui penghujung jalan kerana Fazura tetap mempertahankan tindakan menegur seorang peminat di akaun Instagramnya.
“Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan. Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosialâ€Â
Fazura mengatakan bahawa rakannya itu mempunyai perasaan, dan tidak semua orang mengetahui perkara sebenar.
Tambah Fazura, perkara ini sudah banyak kali berulang tetapi dia masih berfikiran positif.
Berkenaan laporan polis yang dibuat, Fazura mengatakan bahawa dia enggan mengulas lanjut tentang perkara itu atas nasihat peguamnya.
-MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=2gDGlyqrwcI]
