• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Turki Mungkin Dipenjara Hina Erdogan Macam Gollum

oleh
01/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Sebuah mahkamah Turki terpaksa meminta bantuan nasihat daripada pakar-pakar ternama untuk mengkaji satu watak hodoh menerusi filem fiksyen epik popular Lord of the Rings, iaitu Gollum.

Ini, semata-mata untuk memutuskan sama ada seorang doktor tempatan sepatutnya dijatuhi hukuman penjara kerana membandingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan dengan Gollum, menurut laporan media Turki.

Bilgin Ciftci bakal menghadapi hukuman penjara dua tahun kerana kesalahan ‘menghina’ Presiden Turki, setelah mengongsi gambar-gambar menerusi media sosial yang membandingkan Erdogan dengan Gollum.

Makhluk kurus kering selain pucat yang turut dikenali sebagai Smeagol atau Stinker dengan dipaparkan dalam filem futuristik Hollywood tersebut sebagai mempunyai dwi perwatakan antara karakter baik dan jahat.

erdogan vs gollum

Mahkamah di wilayah Aydin itu bagaimanapun tidak dapat memutuskan kesahihan sama ada penampilan Erdogan selama ini benar-benar mirip dengan Gollum atau sebaliknya, lapor akhbar tempatan, Milliyet.

Justeru, ia meminta sekumpulan pakar – dua ahli akademik, dua ahli psikologi dan pihak berkuasa pawagam – untuk memutuskan sama ada perbuatan Ciftci itu boleh dianggap sebagai satu bentuk penghinaan.

Hakim mahkamah dilaporkan terpaksa membuat keputusan pelik tersebut selepas mengaku bahawa beliau sendiri pun belum pernah menonton kesemua siri filem pecah panggung ‘Lord of the Rings‘ arahan Peter Jackson itu.

Gollum yang dipercayai lahir kononnya pada zaman ketiga 2430 dan meninggal dunia dalam usia 589 tahun dikatakan merupakan penduduk kaum Stoorish Hobbit serta menetap di kawasan pergunungan Misty.

Mahkamah seterusnya turut bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan kes berkenaan sehingga Februari depan, sementara para pakar terlibat dapat menganalisis watak Gollum, menurut laporan akhbar tersebut lagi.

Ciftci dipecat dari hospital tempat dia bertugas, dan kemudian ditahan pada Oktober lalu, setelah mengongsi gambar-gambar yang membandingkan muka Erdogan semasa makan, terkejut dan kagum, dengan Gollum.

Sejak kebelakangan ini, media melaporkan semakin ramai wartawan, penulis blog dan orang awam di Turki dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan serius iaitu menghina Erdogan. - Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Tags: ErdoganTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

Erdogan Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari

10/02/2025
0

SEPANG - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia. IKUTI CHANNEL...

Turkiye Mungkin Masuki Israel Untuk Bantu Rakyat Palestin – Erdogan

Turkiye Mungkin Masuki Israel Untuk Bantu Rakyat Palestin – Erdogan

29/07/2024
1

ISTANBUL - Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turkiye berkemungkinan akan memasuki Israel seperti yang dilakukan pada masa lalu di Libya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd