• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggiat Seni Perlu Hasil Puisi Relevan – TPM

oleh Ahmad Albab
06/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PANGKOR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyarankan agar penggiat seni menghasilkan puisi yang relevan yang menggabungkan aspek futuristik dengan zaman lampau.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana generasi Y dan generasi X tidak lagi menyukai puisi sebagai seni, sebaliknya hanya meminati puisi jika ia relevan.

“Seni itu adalah sesuatu yang harus mencerminkan situasi setempat dan alam yang merangkumi kehidupan kita. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

“Karya agung di negara luar, generasi dibentuk untuk memberikan apresiasi yang tinggi kepada pencipta.

“Kita jangan tenggelam dalam kepompong kecil. Orang seni harus berpijak di bumi nyata, menjadi molekul penting dalam kehidupan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (Pulara) Pangkor Ke-6 di Arena Pulau Pangkor di sini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri Datin Seri Saripah Zulkipli, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan beberapa anggota exco kerajaan negeri.

Ahmad Zahid berkata menerusi penganjuran Pulara ini, ia bukan hanya menarik para pencinta puisi malah turut meningkatkan ekonomi kawasan itu.

“Pulau Pangkor bukan hanya untuk bernostalgia pada setiap tahun, musim ini tidak mudah untuk menggamit pencinta puisi, nilai ekonomi turut membantu kepada program ini,” katanya.

Beliau berkata munasabah untuknya membantu dalam menyalurkan peruntukan untuk program itu agar tidak membebankan kerajaan negeri.

“Biar saya tidak sebut angka kerana ia subjektif, tapi biarlah saya berikan satu pertiga atau setengah dari kos (penganjuran). Mesti MB (Menteri Besar) senang hati untuk menarik rakan-rakan luar negara ke sini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Pulara 6 memberikan kebersamaan dan kepelbagaian latar belakang dan budaya rakyat.

“Saya kagum bahawa sesungguhnya dokongan bukan hanya datang dari pencinta seni tapi seluruh rakyat Pangkor dari pelbagai latar belakang budaya,” katanya.

Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid dan Zambry masing-masing mendeklamasi sebuah puisi.

Para penonton juga dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu rakyat.

Festival itu yang bermula 3 Dis melibatkan penyertaan kira-kira 300 sasterawan dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]x-QhZNYqXH0[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd