• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM: Kes HIV Dijangka Menurun Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
05/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Kementerian Kesihatan menjangka kadar kes baharu HIV yang dilaporkan kepadanya akan menurun, mencapai sasaran di bawah 11 kes bagi 100,000 penduduk menjelang akhir tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata senario epidemik HIV/AIDS menunjukkan trend menurun menyerupai senario epidemik dunia.

Menurutnya, jangkitan baru HIV/AIDS telah mencatatkan penurunan sebanyak 50 peratus berbanding tahun 2002, namun trend menurun ini kekal mendatar sejak 2010.

“Sepanjang tempoh Januari hingga September 2015, sebanyak 2,455 kes baru jangkitan HIV dilaporkan ke kementerian dan dijangkakan sebanyak 3,273 kes akan dilaporkan untuk tahun ini dengan kadar notifikasi kes 10.7 kes bagi 100,000 penduduk,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015 dengan tema ‘Menuju Sifar, Akhiri AIDS, Mulai Sekarang’ di sini hari ini.

Katanya, kematian akibat AIDS juga mencatatkan penurunan sebanyak 28 peratus sejak 2002.

Hilmi berkata jumlah kes yang melibatkan perkongsian jarum di antara penagih dadah telah berjaya dikurangkan sejak beberapa tahun lepas namun penyumbang utama kepada kes HIV baharu kini adalah dari aktiviti seksual seperti biaseksual dan homoseksual yang semakin meningkat.

“Peningkatan ini telah menimbulkan kebimbangan dan fokus ke atas perkara ini perlu diberikan tumpuan dengan peningkatan liputan pencegahan untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus daripada kumpulan berisiko tinggi seperti transgender dan pekerja seks wanita,” katanya.

Katanya, bagi mengakhiri AIDS di Malaysia, negara perlu menurunkan 90 peratus daripada jangkitan kes baru HIV.

“Bagi tujuan tersebut, kita perlu memastikan sasaran 90-90-90 menjelang 2020 dapat dicapai, dimana 90 peratus daripada penghidap HIV mengetahui status mereka, daripada jumlah tersebut, 90 peratus menerima rawatan dan seterusnya daripada jumlah yang menerima rawatan ini, 90 peratus daripada mereka menunjukkan supresi virus HIV,” katanya. – BERNAMA

Tags: HIVKKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd