• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Didenda RM100 Kerana Maki Polis

oleh Ahmad Albab
11/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Padah memaki hamun polis dengan mengeluarkan kata-kata kesat, tiga lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Sesyen Sepang di sini, semalam selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu tiga hari lalu.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap V Vegneswaran, 33; N Jegha Thesan, 32, dan A Jaiprakash, 32, yang mengaku mengeluarkan kata-kata kurang sopan terhadap penjawat awam Mohd Akbar Jusoh dan beberapa anggota polis unit rondaan yang sedang bertugas.

(BACA – “Tak Boleh Tahan Saya Sebab Saya Bergelar Datuk Dan Kawan Anwar”)

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan selepas Plaza Tol Universiti Putra Malaysia (UPM) menghala ke Serdang kira-kira jam 4 pagi, 6 Oktober lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Vegneswaran yang bekerja sebagai pemborong kayu turut berdepan satu lagi tuduhan dan mengaku tidak bersalah terhadap kesalahan menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas dengan tidak memberhentikan kereta, selepas diminta berbuat demikian.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 5 November untuk sebutan dan serahan dokumen kes itu.

Berdasarkan fakta kes, ketiga-tiga tertuduh yang menaiki sebuah kereta jenis Mercedes bercermin gelap dan enggan memberhentikan kenderaan selepas walaupun sepasukan polis peronda mengarahkan mereka berbuat demikian untuk pemeriksaan.

Kereta berkenaan dipandu laju dari perhentian Nilai ke susur masuk UPM, walaupun pasukan peronda menyalakan lampu ‘beacon’, memasang siren dan memberi arahan berhenti menggunakan pembesar suara.

Selepas berjaya dipintas, ketiga-tiga mereka mengeluarkan kata-kata kesat sebelum dibawa ke Balai Polis Serdang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ungku Alfiati Zabeidah Ungku Ismail manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – Sinar Harian Online

Tags: denda
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd