• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 50% Individu Ditahan Edar Rokok Seludup Warga Asing – Kastam

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DENGKIL – Lebih 50 peratus daripada 1,020 orang yang ditahan dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini kerana mengedar dan menjual rokok tidak sah adalah warga asing, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing yang terlibat dalam penjualan rokok tidak sah.

Antara tindakan yang boleh dikenakan termasuk membatalkan lesen perniagaan dan menarik balik penyewaan premis-premis perniagaan yang dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan, katanya.

“Kita akan mendapatkan bantuan pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan tindakan lebih tegas terhadap peruncit yang terlibat dalam penjualan rokok tidak sah,” katanya

Pada majlis pelupusan rokok-rokok lucut hak oleh JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Bahagian Penguatkuasaan JKDM di sini hari ini, Matrang berkata sebanyak 495 juta batang rokok tidak sah dengan nilai duti dan cukai terlibat sebanyak RM255.28 juta dirampas antara Januari dan Oktober tahun ini.

Seramai 498 individu pula telah didakwa di mahkamah dengan denda melibatkan RM2 juta, katanya.

Sambil mengingatkan bahawa menyimpan, memiliki dan mengangkut rokok seludup merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967, beliau berkata sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tiga tahun atau denda atau 20 kali ganda nilai barangan atau kedua-duanya sekali.

Mengenai pelupusan rokok pada hari ini, Matrang memaklumkan sebanyak 27.2 juta batang atau 23.59 tan rokok putih dan rokok kretek dimusnahkan dengan kerjasama Gabungan Pengilang dan Pengimport Tembakau Malaysia (GPTM).

“Rokok-rokok tersebut merupakan rokok tidak sah yang disita dari tahun 1997 hingga 2014 yang melibatkan sembilan kertas siasatan yang telah mendapat kelulusan pelupusan daripada Kementerian Kewangan,” katanya.

Nilai keseluruhan rokok yang dimusnahkan hari ini ialah RM2.8 juta dan melibatkan duti cukai sebanyak RM16.82 juta, katanya. – BERNAMA

Tags: KastamRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd