• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persidangan Dewan Rakyat Ditangguh Hingga Tahun Depan, Luluskan 8 RUU

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 19 Okt lepas ditangguhkan pada pukul 12.40 tengah malam ini sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan kemudian pada tahun depan.

Sepanjang persidangan selama 25 hari itu, beberapa rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 yang memperuntukkan RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 diluluskan Selasa lepas selepas dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa sejak 26 Okt. Sebelum itu, rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 23 Okt lepas, diluluskan di peringkat dasar pada 16 Nov lepas.

Ia kemudian dibahaskan di peringkat jawatankuasa selama sembilan hari bermula 17 Nov.

Rang undang-undang lain termasukh Rang Undang-undang Profesion Kesihatan Bersekutu 2015, Rang Undang-undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Kewangan 2015, Rang Undang-undang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Pindaan) 2015, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015 dan Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2015.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini juga meluluskan usul menggantung anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang daripada persidangan selama enam bulan pada 22 Okt lepas selepas tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf tanpa syarat berhubung tuduhannya terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam masa sama, Dewan Rakyat turut membincangkan usul jerebu merentas sempadan yang melanda negara dan rantau Asia Tenggara baru-baru ini.

Selain itu Dewan Rakyat turut meluluskan usul Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Sarawak yang menyaksikan pertambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

Berikutan persempadanan semula itu, Sarawak akan mempunyai 82 kerusi DUN berbanding 71 pada masa kini.

Bahagian pilihan raya yang baharu adalah N13 Batu Kitang, N17 Stakan, N18 Serembu, N23 Bukit Semuja, N26 Gedong, N40 Kabong, N57 Tellian, N63 Bukit Goram, N66 Murum, N70 Samalaju dan N78 Mulu.

Pada sesi akhir persidangan hari ini, Dewan Rakyat gamat apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penerangan di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berkaitan isu dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Walaupun anggota Parlimen pembangkang membantah Ahmad Zahid untuk memberi penerangan itu, dan mahukan perdana menteri sendiri yang memberikan penjelasan, tetapi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertegas untuk membenarkan Ahmad Zahid berbuat demikian.

Pandikar Amin berkata tindakan penerangan oleh Ahmad Zahid itu dibenarkan sebagai pihak menteri yang mewakili perdana menteri bagi memberi penjelasan.

Selepas itu, Dewan Rakyat kembali gamat apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul untuk merujuk Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan pertemuannya dengan Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan usul itu. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatRang Undang-Undang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

Dewan Rakyat Kecoh Perang Mulut Shahidan-Rayer

05/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Kenyataan seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mempertikaikan standard Parlimen dan mengaitkan dasar apartheid dalam pengagihan peruntukan menjadikan sesi...

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

“Wakil Rakyat Apa Macam Ini? Malukan Orang. Anda Semua Sangat Memalukan” – Johari Abdul

13/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh gara-gara Tan Sri Abdul Hadi Awang (PN-Marang) berpantun menyindir Kuala Lumpur bermasalah kerana berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd