• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Mariani Disemadi Bersebelahan Pusara Saloma

oleh Ahmad Albab
04/12/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah seniwati Mariani atau Mariam Ismail selamat disemadikan bersebelahan pusara adiknya Puan Sri Saloma dan adik iparnya Tan Sri P. Ramlee di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini sebelum waktu Zohor.

Jenazah tiba di kawasan perkuburan kira-kira 11 pagi setelah disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Sentul dan dikebumikan pada 12 tengah hari.

Selain anggota keluarga, ramai rakan seperjuangan Allahyarham hadir antaranya Sasterawan Negara A. Samad Said, pengarah filem Datuk Shuhaimi Baba, Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, penyanyi era 70-an Hail Amir, Uji Rashid, Dian P.Ramlee dan Imuda.

Mariani, 82, menghembuskan nafas terakhir semalam di sisi keluarganya termasuk beberapa orang anaknya yang tiba dari Singapura di kediamannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul setelah menderita kanser usus sejak setahun lalu.

Anak keempat Allahyarham, penyanyi dan pelakon Rozita Rohaizad berkata beliau reda dengan pemergian ibunya walaupun akan sentiasa merinduinya.

“Saya amat bertuah kerana saya pernah berlakon bersama mak seperti filem Sumpahan Puaka, Dendam Dari Pusara dan beberapa drama bersiri serta pernah menyanyi di atas pentas sehingga Singapura dengannya lagu Darah Muda dan Ayam Jantan.

“Pertujukan saya bersama mak ialah sewaktu menyanyi berduet di program Jelajah Amal di Selayang Mall pada raya lepas. Masa tu mak dah sakit, tapi dia masih gagahkan dirinya untuk menyanyi bagi menghiburkan peminat-peminatnya,” katanya dengan nada sedih kepada Bernama.

Rozita berharap saudara mara dan peminat Allahyarham ibunya mendoakan kesejahteraan ibunya dan bersyukur kerana ibunya disayangi rakan taulan dan peminatnya.

Sementara itu Presiden Seniman Malaysia, Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi berkata pemergian Mariani diibaratkan sebagai negara kehilangan sebutir permata seni yang bernilai dan sukar dicari ganti.

“Jasa Allahyarham sangat besar pada Persatuan Seniman. Di samping merupakan salah seorang pengasas Seniman, Allahyarham juga adalah salah seorang artis yang bertanggung jawab untuk mendapatkan rumah seniman dari Tun Dr Mahathir Mohamad (kini bekas perdana menteri).

“Allahyarham banyak membantu saya dari sudut pandangan, nasihat, bantuan bagaimana untuk membangunkan persatuan dan program seniman dan Allahyarham pernah berpesan agar kami menjaga seniman sebaik-baiknya, jangan berpecah belah dan membantu veteran-veteran yang lain,” katanya.

Oleh kerana jasa Allahyarham yang terlalu banyak membantu Seniman, pihaknya berhasrat untuk memberi penghormataan tertinggi kepada Allahyarham.

“Persatuan telah mencalonkan nama Allahyarham bagi menerima pingat Panglima Setia Diraja (PSD) yang bergelar Datuk. Insya-Allah pada bulan Jun tahun hadapan, Allahyarham akan mendapat anugerah tersebut.

“Namun apakan daya, ia tidak kesampaian kerana Allahyarham tidak sempat menerimanya. Kalau tiada aral melintang, wakilnya boleh menerima bagi pihak Allahyarham,” ujarnya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]u6xhljho4k4[/wpdevart_youtube]

Tags: seniwati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bintang Air Mata.. Seniwati Neng Yatimah Semakin Uzur

03/03/2015
0

KUALA LUMPUR: Seniwati Neng Yatimah kini dikhabarkan semakin uzur sejak kematian menantunya, seniman Mustapha Maarof akhir tahun lepas. Bintang air...

60 Tahun Tanpa Trofi, Bukan Ukuran Bakat Seniwati Mariani

17/02/2015
1

PERJALANAN seni Mariani Ismail telah menjangkau lebih 60 tahun, dan pada usia 81, seniwati ini sudah melakonkan pelbagai watak dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd